3/10/2015
Sabtu
Sememangnya hari
sabtu hari yang di tunggu.Sebagai pelabur”hangit” hari ini boleh lah aku
menenangkan fikiran seketika , kerana sepanjang minggu minda di asak untuk
mencatatkan keuntungan. Kepada mereka di luar sana gunakan hari hujung minggu
anda sebaik baik mungkin.Lupakan seketika computer riba anda,analisis yang anda
sudah lakukan dan lain lain hal lagi yang bersangkut dengan dunia
forex.Tenangkan minda anda,kerana sebaik sahaja minggu berikutnya bermula maka
dengan itu pun bermula tekanan emosi untuk mencatatkan keuntungana….
Baik lah ….apa yang anda dan aku boleh lakukan pada hujung minggu…kita
boleh mulakan dengan perkara yang sangat kita suka lakukan…ya mungkin bagi
sesetengah orang mereka akan tidur sepanjang hari.Aduhh kawan jangan
begitu…mari kita lakukan perkara yang memberi faedah kepada diri sendiri .
Ya ….menanam pokok
bunga,satu idea yang sangat hebat.Kehijauan yang terdapat pada daun pokok akan
membuat sesorang itu tenag,ya ! sebagai pelabur sifat tenang itu dapat
menjadikan seorang pelabur itu Berjaya dalam urusniaga nya nanti.Selain itu apa
yang kita dapat lakukanlagi,aku rasa berkaraoke bersama ahli keluarga juga satu
perkara yang dapat kita lakuakan.Selain dapat menghilang kan stess dengan
aktiviti seperti ini dapat mengeratkan tali silatulrahim bersama keluarga.