Selasa, 19 April 2016

Diari Pelabur Hangit



DIARI PELABUR HANGIT

2/10/2015 JUMAAT
Semoga hari Jumaat membawa keberkatan….

Hari ini trading aku bermula awal,lebih kurang pukul 8.30 am.Tapi malang,cubaan pertama aku gagal,aku kerugian sebanyak usd 3.20.Tapi tak mengapa kerana hari masih panjang lagi……
Selepas kerugian sebanyak usd 11.00 (real acc),terasa mood untuk trade memang tersangat lemah.Untuk bangun semula memang payah,tetapi akan di cuba sebaik mungkin.
Segala macam teknik dah aku belajar dan cuba,tapi biasanya akan gagal.Aku ingin menjadi pelabur yang Berjaya dan bukan nya menjadi “pelabur hangit”.
Mengikut apa yang aku belajar selama ni ada beberapa factor yang menjadi kan seseorang itu pelabur yang Berjaya,di antara nya adalah Emosi.Bagaimana emosi seorang akan mempengaruhi gaya pelaburan seseorang itu.Emosi memainkan peranan yang sangat penting.Bayangkan jika emosi seorang itu dalam keadadan yang tidak setabil,mungkin ketika itu,beliau sedang marah atau sedih ,jika beliau trade ketika itu mungkin beliau akan kerugian,Jadi untuk mengatasi maasalah ini jangan trade ketika emosi tidak setabil.
Pelajaran nya di sini ialah,stabil kan emosi terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu trade.,
Kebetulan pula semasa saya sedang menulis berkenaan dengan emosi dan kaitannya dengan pelabur,tiba tiba saya di kejutkan oleh satu panggilan .Rupanya panggilan itu berkenaan dengan bapa saya yang di masukan kedalam hospital.Bapa saya berusia dalam linkungan umur 82 tahun.Saluran kencing nya tersumbat sehingga memerlukan satu pembedahan kecil.
 
  Itulah ,yang saya katakan tadi bila perkara seperti ini berlaku,kita tidak boleh menumpukan kepada pelaburan kita.Emosi seperti ini boleh menyebabkan kita tertekan dalam membuat keputusan dalam pelaburan,sedang kan dalam pelaburan memerlukan pertimbangan yang sangat teliti dalam membuat keputusan......silap membuat keputusan bermakna kerugian akan muncul,sebenarnya saya cukup pasti dalam hal ini ,kerugian bukan lah matlamat kita sebagai seorang trader.Jadi untuk mengatasi masaalah seperti ini,saya memutuskan untuk menutup komputer riba lalu pergi ke hospital,saya dapati itulah hal yang terbaik dapat saya lakukan ketika itu.....