DIARI PELABUR HANGIT
2/10/2015 JUMAAT
Semoga hari Jumaat membawa keberkatan….
Hari ini trading aku bermula awal,lebih kurang pukul 8.30
am.Tapi malang,cubaan pertama aku gagal,aku kerugian sebanyak usd 3.20.Tapi tak
mengapa kerana hari masih panjang lagi……
Selepas kerugian sebanyak usd 11.00 (real acc),terasa mood
untuk trade memang tersangat lemah.Untuk bangun semula memang payah,tetapi akan
di cuba sebaik mungkin.
Segala macam teknik dah aku belajar dan cuba,tapi biasanya akan
gagal.Aku ingin menjadi pelabur yang Berjaya dan bukan nya menjadi “pelabur
hangit”.
Mengikut apa yang aku belajar selama ni ada beberapa factor
yang menjadi kan seseorang itu pelabur yang Berjaya,di antara nya adalah
Emosi.Bagaimana emosi seorang akan mempengaruhi gaya pelaburan seseorang
itu.Emosi memainkan peranan yang sangat penting.Bayangkan jika emosi seorang
itu dalam keadadan yang tidak setabil,mungkin ketika itu,beliau sedang marah
atau sedih ,jika beliau trade ketika itu mungkin beliau akan kerugian,Jadi
untuk mengatasi maasalah ini jangan trade ketika emosi tidak setabil.
Pelajaran nya di sini ialah,stabil kan emosi terlebih
dahulu sebelum memulakan sesuatu trade.,
Kebetulan pula semasa saya sedang menulis berkenaan dengan
emosi dan kaitannya dengan pelabur,tiba tiba saya di kejutkan oleh satu
panggilan .Rupanya panggilan itu berkenaan dengan bapa saya yang di masukan
kedalam hospital.Bapa saya berusia dalam linkungan umur 82 tahun.Saluran
kencing nya tersumbat sehingga memerlukan satu pembedahan kecil.
Itulah ,yang saya
katakan tadi bila perkara seperti ini berlaku,kita tidak boleh menumpukan
kepada pelaburan kita.Emosi seperti ini boleh menyebabkan kita tertekan dalam
membuat keputusan dalam pelaburan,sedang kan dalam pelaburan memerlukan
pertimbangan yang sangat teliti dalam membuat keputusan......silap membuat
keputusan bermakna kerugian akan muncul,sebenarnya saya cukup pasti dalam hal
ini ,kerugian bukan lah matlamat kita sebagai seorang trader.Jadi untuk
mengatasi masaalah seperti ini,saya memutuskan untuk menutup komputer riba lalu
pergi ke hospital,saya dapati itulah hal yang terbaik dapat saya lakukan ketika
itu.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan